Seperti biasa, menjelang awal Ramadhan, Syawal dan Zulkaedah, pihak yang terlibat dengan Falak sama ada di Universiti, mahu pun di Jabatan Mufti Negeri-Negeri, mungkin kerap menerima pertanyaan mengenai tarikh awal puasa dan hariraya. Ini juga termasuk kakitangan biasa, mahu pun rakan taulan kepada pegawai tersebut yang secara tidak langsung turut menerima pertanyaan sama, dengan harapan boleh mencungkil 'rahsia' tentang bila tarikh ketetapan berkenaan.
Setiap bidang ilmu, terdiri daripada aspek teori dan praktiknya. Demikian Ilmu Falak. Teori terhasil daripada pemerhatian (rukyah). Teori (hisab) yang dibuktikan, membolehkan ilmu dipraktikkan, dan dikembangkan menjadi amalan yang meluas dan diterima. Justeru 'Rukyah dan Hisab' itu adalah Ilmu Falak, dan Ilmu Falak itu adalah 'Rukyah dan Hisab' perlu difahami dengan jelas. Menggunakan Ilmu Falak (Sains) dalam menentukan awal bulan adalah perlu melibatkan dua komponen penting Ilmu Falak - iaitu Rukyah dan Hisab.
Dari aspek perundangan, ketetapan tarikh adalah di bawah bidang kuasa sebuah jawatankuasa peringkat kebangsaan, dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu Malaysia. Justeru tarikh sebenar adalah menurut ketetapan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang hanya akan diumumkan selepas selesai aktiviti rukyah di semua lokasi ditetapkan.
Dari aspek ilmu falak, seseorang boleh menjangkakan tarikh awal puasa dan hari raya berdasarkan ilmu dan kaedah yang diamalkan di peringkat kebangsaan, namun jangkaan tersebut tidak boleh dianggap sebagai kenyataan rasmi yang boleh digunapakai sebagai sumber rujukan yang sahih. Pengumuman oleh Penyimpan Mohor adalah kenyataan rasmi yang boleh dijadikan rujukan sah terutama melibatkan aspek perundangan dan urusan rasmi kerajaan.
Berdasarkan Kalkulator Posisi Hilal, bagi lokasi Kuala Terengganu, maklumat adalah seperti berikut:-
Awal Ramadhan:
Awal Syawal:
Kenyataan maklumat jangkaan di atas tidak boleh dianggap sebagai kenyataan rasmi, tambahan pula ia hanya berdasarkan satu lokasi sahaja. Kenyataan jangkaan ini hanya untuk memudahkan pihak-pihak tertentu seperti perantau menentukan cuti, atau syarikat, untuk lebih bersedia apabila tarikh sebenar tiba. Jika berbetulan, Alhamdulillah, jika bersalahan, kenyataan rasmi hendaklah digunapakai.
Semoga penerangan ringkas ini mampu menjelaskan perbezaan antara kenyataan rasmi dengan jangkaan falak, dan merungkaikan kekeliruan yang timbul berkaitan dengan perkara tersebut, jika ada.
WalLahu A'alaam.
Submitted by :
Ahmad Taufan bin Abdul Rashid
Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Terengganu
Topik Pilihan
-
Pati Kiraan Pengarang : Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari Tahun penerbitan : 1357 H/1938 M Bidang : Hitungan waktu solat ...
-
Belantik atau Orion adalah satu susunan atau kumpulan bintang yang lebih dikenali sebagai buruj yang amat sinonim dengan panduan arah kiblat...
-
Dijemput hadir beramai-ramai dan bermohon agar cuaca mengizinkan kita menghayati keindahan di langit.
-
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada Allah SWT, atas kebesaranNya, akhirnya buku yang diusahakan dari petikan-petikan kuliah falak di Sur...
-
Abu Abdullah Muhammad al-Idrisi al-Qurtubi al-Hasani al-Sabti atau disingkat Al-Idrisi (bahasa Arab: أبو عبد الله محمد الإدريسي; bahasa L...
Wednesday, August 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment